Bantuan Kerajaan

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Dikreditkan Pada Bulan April 2024. Berikut Jumlah Bantuan & Senarai Penerima

Bagi tahun ini sahaja, seramai 8.2 juta individu yang layak telah berdaftar untuk menerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024. Berkemungkinan angka ini akan mencapai jumlah  9 juta tahun ini kerana permohonan baharu dan kemas kini dibuka sepanjang tahun, tidak seperti dulu.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 2 untuk makluman semua.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024

Untuk makluman, terdapat beberapa skim bantuan telah dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri sebelum ini untuk membantu rakyat Malaysia. Antara skim bantuan tersebut ialah Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Namun, pada 16 Januari 2023, Perdana Menteri mengumumkan penjenamaan semula bantuan ini sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) .

STR Fasa 2 akan membantu meringankan beban kos sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilion.

Tarikh Bayaran Bantuan STR Fasa 2

Kaedah pelaksanaan Permohonan STR secara sepanjang tahun adalah seperti jadual di bawah:

Jumlah Bayaran MySTR Fasa 2

Kadar bayaran STR adalah seperti yang telah ditetapkan bagi tahun 2024 seperti yang berikut:

Kaedah Bayaran Bantuan STR Tambahan Fasa 2

Kaedah pembayaran STR adalah seperti berikut:

  • Kredit ke Akaun Bank

Pembayaran akan dikreditkan ke akaun bank penerima / pasangan.

  • Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)
  • Pembayaran akan dilakukan secara tunai sekiranya:
  • Tiada maklumat akaun bank
  • Status pengkreditan gagal kredit

Cara Semakan

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  • Klik lok masuk MySTR
  • Masukkan nombor Mykad pemohon
  • Pengesahan kata kunci keselamatan
  • Maklumat yang akan dipaparkan :
  • Nama pemohon
  • No Mykad pemohon
  • Status permohonan
  • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  • Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Masukkan kata laluan

Berikut disertakan contoh paparan yang akan dilihat pada laman web semakan.

Maklumat Lanjut STR Tambahan Fasa 2

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *